Just believe in your dreams

Tuesday, June 9, 2009

ANDAI DALAM GELISAH INI AKU JADI KELIRU

mengiringi waktu berlalu dari hari ke hari, aku masih juga begini, mengenali diri dalam kelesuan, mengatur jejak, menimang derita, membilang air mata, memburu haluan cinta, begitupun masih tabah dihati ini, barangkali kerana aku ini memang manusia lemah dalam menilai rasa, sesekali gelisahku jadi duri, menikam kejam derita yang sedia parah lukanya, menusuk pedih harapan yang kian dibayangi kecewa, ketika itulah diri ini jadi keliru, terlalu asing dalam mencari haluan. tuhan andainya dalam gelisah ini aku jadi keliru antara nasib dan takdir, antara syukur dan kesal, antara redha dan terpaksa, segalanya jadi sama dalam dengan tiba-tiba bagai permata dan kaca sukar untuk kubezakan...beginikah hidup yang kau rencana atau beginikah hidup yang aku bina???? pada sepasang mata layu yang samar dari sinaran, lalu meniti bebanan di setiap likuan....dan kini setelah hidup dalam derita...aku masih terlalu jarak dari bahagia. tuhan kuhimpunkan doa walaupun bicaranya tetap sama, kugubah zikir, ku lagukan berjuta kali, kurangka solat, kubariskannya di hening malam, hingga akhirnya aku kehabisan tangis.....ampunilah aku yang sering aku jadi keliru dalam kegelisahan begini....

No comments:

Post a Comment